Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -
Memaparkan catatan dengan label Reduce. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reduce. Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2019

Pengalaman membeli di Pasar Tani ala #towardszerowaste



Hari ini saya makan nasi lemak yang dibeli di Pasar Tani Kampung Salak untuk sarapan.

Saya pergi pasar dengan membawa beg sandang. Di dalam beg sandang ada mesh bag, reusable shopping bag dan beberapa bekas makanan. Suami dan anak ikut bersama.

Waktu kami membeli nasi lemak, saya hulur dua bekas makanan, minta nasi untuk dua orang dan sambal kerang dengan sambal lebih. Waktu hulur bekas tu orang tak ramai dan makcik yang menjual nasi lemak sedang membungkus nasi lemak kosong dalam kertas pembungkus makanan. Makcik pun ambil bekas dengan bersahaja. Ada pekerja dia cakap ‘dia bawa bekas!’ Hmm... I wonder why dia cakap macam tu.

Kemudian kami beli laksam. Yang ini saya tak mampu hulur bekas makanan kerana mereka sudah pre-pack laksam dalam plastik. Cuma kami refuse beg plastik dan memasukkan laksam ke dalam shopping bag. Adik yang menjual laksam, agaknya tak biasa, dia terlupa ambil bayaran makanan kami. Waktu kami panggil dia untuk buat pembayaran pun dia kelihatan blur. Adeh... are you okay dik?

Selepas itu misi mencari pisang. Kami hendak mencari dua jenis pisang- satu untuk dimakan dan satu lagi untuk dibuat cekodok. Kami berhenti di gerai seorang pakcik tua. Satu longgok RM5. Pakcik sudah standby dengan plastik untuk memasukkan pisang yang kami mahu. Saya beritahu pakcik tak mengapa, kami letak ke dalam beg kami. Pakcik okay saja.

Selepas itu ke gerai lain pula untuk mencari pisang yang sudah lebu. Terjumpa pisang di kedai seorang aunty Cina. RM5 sebakul. Kami ambil 1 bakul. Sedang terleka dan terlupa untuk pesan tak mahu plastik, aunty sudah masukkan pisang ke dalam plastik. Kemudian saya ternampak beg plastik, teringat tentang misi saya nak mengurangkan plastik dan mengeluarkan mesh bag saya, lalu beritahu aunty saya mahu alih pisang di dalam beg plastik ke mesh bag saya. Aunty nampak seronok. Dia kata bagus tak guna beg plastik. Saya sebenarnya seronok kerana dapat feedback yang baik dari seorang peniaga.

Kemudian kami pulang, singgah di kedai untuk membeli tepung naik sendiri, susu tin dan roti yang mana semuanya menggunakan some sort of packaging untuk melindungi produk. Too bad, but then it still felt so good sebab berjaya mengurangkan beberapa sampah terutamanya plastik.

Saya rasa membeli di pasar sebenarnya banyak peluang untuk kita mengurangkan sampah kerana biasanya barangan di pasar asalnya tidak dibungkus dalam plastik. Cuma apabila tiba di pasar, untuk memudahkan, peniaga mula membungkus siap-siap seperti makcik yang menjual nasi lemak. Asalnya dahulu nasi lemak yang dijualnya diletakkan di dalam bekas besar yang menyimpan nasi, dicedok nasi masuk ke dalam kertas pembungkus apabila ada yang mahu membeli. Namun apabila orang yang membeli ramai, dia mula membungkus nasi lemak dengan lebih awal. Walaupun begitu, biasanya masih ada nasi yang belum dibungkus jadi itulah bahagian untuk orang yang mahu menggunakan bekas sendiri.

Anyway, salah satu tips untuk membeli-belah ala #towardszeroaste: rancang pembelian anda. Apabila merancang, kita tahu di mana kita boleh mendapatkan barang tanpa single use plastic, bekas dan beg apa yang nak dibawa serta berapa banyak bekas dan beg yang perlu dibawa. Bukankah jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal? Jadi nak misi zero waste berjaya, perlulah merancang. ;)

Ahad, 31 Mac 2019

Straw: Yang mana untuk saya?

Dalam usaha saya nak elak plastik, saya belajar untuk tidak menggunakan straw plastik yang biasanya digunakan sekali sahaja, dan biasanya hanya untuk waktu yang singkat. Straw ini, walau kelihatan kecil, impaknya besar kepada alam sekitar.

Jadi, apa penyelesaiannya?

Straw guna semula!

Apa yang bagus tentang straw guna semula adalah ia datang dengan pelbagai warna, saiz dan material. Yang penting, boleh dicuci dan diguna semula. Untuk mencuci straw guna semula, pastikan anda ada berus yang sesuai dengan saiz straw.

Setakat ini yang dijual dengan meluas terutama di Malaysia adalah straw stainless steel. Selain itu, boleh cuba straw buluh, silikon atau kaca. Jadi, yang mana satu sesuai untuk anda? Mungkin tips di bawah boleh membantu anda membuat keputusan:

  1. Straw besi stainless steel: Jika anda kerap travel dan selalu menggunakan straw, mungkin straw besi sesuai untuk anda.
  2. Straw buluh: Jika anda gemar benda-benda yang natural, straw ini mungkin untuk anda.
  3. Straw kaca: Jika anda sangatlah takut ada kekotoran di dalam straw anda, straw kaca mungkin untuk anda.
  4. Straw silikon: Jika anda suka straw yang tak keras, boleh digigit-gigit, straw silikon untuk anda. Biasanya kanak-kanak suka straw begini.

Untuk saya sendiri, saya menggunakan straw stainless steel kerana saya memerlukan straw yang tahan lasak, yang tak rosak walau dicampak-campak atau terjatuh. Saya mempunyai straw stainless steel yang kecil dan bended serta yang besar dan lurus. Saya tidak gemar minum menggunakan straw buluh. Saya belum pernah cuba straw kaca atau silikon but I'm getting silicon straw for my son. Hopefully my order will arrive soon.



Selain straw guna semula, terdapat straw kertas yang boleh dipakai buang. Bagi saya straw begini sesuai digunakan ketika jamuan/parti dengan jumlah tetamu yang agak ramai.

Sekarang anda boleh buat pilihan yang tepat dengan citarasa anda. Jika tidak, boleh saja minum tanpa straw, kan? 𝨝


Straw guna semula banyak dijual di kedai-kedai online seperti Lazada dan Shopee, dan juga local bulk shops, some bulk shops mengambil tempahan online.

Jumaat, 22 Mac 2019

Ingin hidup zero waste? Buat 7 perkara ini dahulu.

Okay. Semangat #towardszerowaste sudah ada, namun tak tahu nak bermula dari mana? Boleh follow step by step ini:

1) Follow orang yang sudah berpengalaman melalui kehidupan harian dengan amalan zero waste atau sifar sampah, terutamanya locally. Kenapa kena cari local zero waster? Sebab amalan mereka lebih mudah untuk kita adopt and adapt sebab kita berkongsi kemudahan yang hampir sama. Saya follow Aurora di Instagram dan once a while tengok video berkenaan Lauren Singer. Aurora yang mengasaskan group Zero Waste Malaysia di Facebook. Lauren pula pengasas The Simply Co.


2) Sertai kumpulan sokongan seperti Zero Waste Malaysia supaya kita terus bersemangat untuk meneruskan gaya hidup zero waste. Selain itu melalui kumpulan sokongan, mudah untuk kita dapat maklumat berkaitan seperti tempat-tempat baharu yang menjual produk mesra alam atau menyokong aktiviti mesra alam.



3) Memahami 5R: Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot. Apabila kita faham yang ini lebih mudah untuk kita atur strategi untuk menuju ke arah zero waste.



4) Senaraikan perkara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita tidak menghasilkan lebih banyak sampah. Saya cuma menyenaraikannya dalam minda, but then jika ada senarai bertulis, kita lebih jelas dengan haluan kita.

5) Dari senarai yang dibuat, pilih 1 atau 2 perkara yang mudah untuk dimulakan dan diteruskan. Saya memilih untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah dan mengelak penggunaan straw plastik. Biar nampak usaha itu kecil tapi jika dibuat berterusan, impaknya besar sebenarnya!

6) Jika gagal, usaha lagi, usah berputus asa. Kita mungkin sudah hidup bertahun-tahun dengan plastik dan habit membuang sampah tanpa berfikir panjang tentang kesannya, jadi normallah jika ambil masa untuk menukar ke habit lain. Tak usah tertekan jika terlupa atau tidak berjaya mencari alternatif yang lebih baik tapi sematkan dalam minda untuk perbaiki diri dari masa ke masa.

7) Apabila sudah biasa dengan 1 atau 2 perkara dalam senarai yang telah dibuat, boleh tambah perkara lain pula untuk dipraktikkan.

Untuk saya sendiri, saya memulakan dengan menolak beg dan straw plastik. Kenapa?

1) Beg membeli-belah dan straw guna semula masih dalam kategori mampu milik dan penggunaannya bukan terhad kepada sehari dua sahaja membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. In fact, shopping bag saya beli sejak lima tahun lalu masih digunakan sehingga kini. Berbaloi, kan?

2) Beg dan straw guna semula mudah dibawa ke mana-mana. Beg membeli-belah guna semula ada yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg galas. Begitu juga dengan straw, ada yang boleh dilipat tapi untuk saya, straw lipat bukan prioriti kerana saya memang sentiasa membawa beg yang besar, boleh muat macam-macam benda!



Untuk barangan pre-pack menggunakan plastik, saya belum mampu mengelak kebanyakannya but it's okay, one step at a time, insya-Allah.

Jadi, yang sudah bersemangat tu, jom kita sama-sama berusaha mengurangkan sampah kita, a step at a time. Selamat berusaha! 😉

Rabu, 20 Mac 2019

Straw: nak atau tak nak?


Apabila minum di luar, selagi ingat, saya akan minta minuman tanpa straw. Kini cikgu Fattah pun jika dia yang order minuman, akan minta tak nak straw.

Namun, perlu ke ada straw yang boleh diguna semula jika menolak straw plastik?

Sesetengah orang dia malas bawa straw dan tidak kisah minum minumam berais directly dari gelas, terus tak guna straw. Saya, on the other hand, tak tahan sejuk ais apabila terkena gigi, prefer guna straw. Disebabkan itu, straw stainless steel saya dibawa ke mana-mana.

Raees pula tak suka minum guna straw stainless steel so no straw for him for now. Sedang berkira-kira untuk beli straw silikon untuk Raees.

Ada banyak jenis straw guna semula. Nanti next post saya kongsi tentang pelbagai altertanif lain kepada straw plastik, lain orang lain material yang sesuai untuk dia.  Banyak sebenarnya alternatif lain di luar sana. Yang penting, nak ke tak nak, kan?

Apa pun jenis straw guna semula yang kita guna, pastikan beli berus straw sekali untuk memudahkan proses mencuci dan tak ada lekat bau sisa minuman.

Isnin, 18 Mac 2019

Bahaya kertas pembungkus makanan kepada alam sekitar

Tempoh hari saya scroll newsfeed Facebook, ternampak gambar minuman teh tarik madu yang dihidangkan di dalam gelas plastik pakai buang, di bawahnya dilapik piring plastik yang boleh diguna semula.

Terus saya komen bertanya empunya gambar, adakah minuman itu dihidangkan untuk yang minum di kedai? Lalu dijawab, iya untuk yang minum di kedai tersebut.

Saya pernah ke kedai tersebut. Kedai tersebut berada di Kota Bharu dan kini sudah membuka cawangan di Kuala Lumpur. Sebelum ini mereka tidak menghidangkan minuman tersebut di dalam gelas pakai buang seperti sekarang.

Sedihnya saya!

Kemudian saya dan keluarga makan nasi kerabu di Bangi. Nasi kerabu kami dihidang di atas pembungkus makanan pakai buang yang dilapik pinggan plastik yang boleh diguna semula. Pembungkus makanan tersebut, walaupun secara luarannya adalah kertas, namun kertas tersebut diletak satu lapisan plastik (food grade PE lamination). 



Info: PE, atau polythylene adalah sejenis plastik dan digunakan secara meluas kerana ia tidak memakan kos yang besar. Polythylene digunakan untuk membuat grocery bag dan kotak serta pembungkus makanan. Selain itu Polythylene dijadikan botol plastik untuk mengisi ubat.

So basically pembungkus makanan kertas berlaminate dengan PE ini sangat sukar untuk dikitar semula, diguna semula, apatah lagi dijadikan compost apabila lapisan kertas dan PE tidak diasingkan.

Maka jadilah pembungkus makanan itu sampah yang makin menggunung tinggi dan mengambil masa sangat lama untuk terurai. Dalam tempoh tersebut entah ke mana perginya sampah tersebut- ada kemungkinan masuk ke saliran terus ke laut dan membahayakan kehidupan laut.

Melainkan... jika anda rasa rajin untuk mengasingkan lapisan kertas dari PE selepas selesai mmakan. Rajin tak? Sesungguhnya saya lebih rela mencuci bekas Tupperware yang saya guna!

Untuk mengasingkan kertas dengan lapisan PE sebelum dikitar semula tentu membabitkan kos tambahan membuatkan proses pengurusan sisa pepejal menjadi lebih mahal. Generally orang akan memilih untuk menjimatkan kos, kan? So, in the beginning, pilihlah untuk refuse kertas pembungkus makanan berlaminate PE ini, okay?

Waktu melayan rasa sedih, saya terfikir, adakah pengusaha premis makanan tersebut sedar tentang kerosakan yang mereka lakukan dengan menggunakan bahan yang mengandungi plastik pakai buang/single use?

Mereka orang bisnes. Mereka berfikir untuk menjimatkan sumber dan meningkatkan keuntungan, memang itu kerja orang bisnes. Mereka mungkin tidak faham langsung tentang kerosakan yang berpunca dari penggunaan plastik jadi rasa macam tidak adil pula menyalahkan mereka tanpa mendidik mereka.

Hmm...

Mungkin inilah masanya saya melaksanakan tanggungjawab saya memberi kesedaran kepada mereka, kan?

*Bertukar menjadi Super Huda!*

Alangkah bagusnya jika pengusaha premis makanan dan minuman berusaha menambah keuntungan di samping memelihara alam sekitar- sambil menyelam minum air. Untungnya kelak insya-Allah sampai ke generasi akan datang.

Selasa, 5 Mac 2019

Belajar untuk refuse dan reduce beg plastik di supermarket

Hari Ahad lepas kami pergi shopping di Giant. Selain menggunakan reusable shopping bag, pertama kali kami guna mesh bag untuk beli bawang dan kentang. Walaupun banyak lagi barang yang guna plastik, tapi itu usaha kecil kami untuk mengurangkan penggunaan single use plastic.

Alhamdulillah, pekerja yang menimbang terus sambut mesh bag yang berisi, timbang dan beri isyarat betul ke sticker harga letak di sini (sambil tunjuk tempat tampal harga). Dia tak banyak soal. Mungkin sudah biasa dengan situasi seumpama itu atau hari sudah lewat, mereka mahu segera pulang berehat.



Akhirnya, di rumah we have to deal with less plastic bags. Rasa lega dan lapang. Sejak dulu saya tak suka buang begitu sahaja beg plastik selagi belum rosak jadi biasanya beg plastik akan disimpan dan disimpan dan disimpan sehingga memakan ruang dan menyakitkan mata.

Menurut pemerhatian saya, jika bilangan beg plastik yang dibawa masuk ke rumah disimpan untuk diguna semula setiap hari sekitar 2-3 beg plastik dan saya hanya guna secara purata 1 beg plastik setiap hari, lama-lama saya akan end up dengan banyak lebihan beg plastik di rumah jika saya tidak berusaha refuse dan reduce beg plastik.

I think that when you reduce small items like plastic bags, in a way, you become a minimalist too because minimalists don't bring in things that don't add value into their life.

Beg plastik banyak-banyak di rumah tu add value to life ke tidak?

😉

Ahad, 3 Mac 2019

Melepaskan barang lama Raees untuk kebaikan bersama

Hari ini beri peluang untuk adik saya yang bakal dapat anak pertama untuk pilih barang-barang lama Raees. Dari dibiarkan tak berguna di dalam store menanti kami dapat anak lagi which we don't know when yet, baik diberi kepada orang yang confirm insya-Allah dapat anak. Mana tahu waktu nak dapat anak lagi, ada rezeki lain buat anak itu pula kelak.

Masa Raees nak lahir dulu, kami cuma ada barang penting macam car seat dan pakaian. Kemudian orang beri hadiah itu ini, baru dan terpakai, dan kami tambah dari masa ke masa mengikut keperluan.

Terima kasih buat mereka yang pernah menghadiahkan apa sahaja buat Raees waktu sebelum dan selepas Raees lahir dahulu, sangat membantu, alhamdulillah.

Kini ada banyak barang lama Raees yang perlu dilepaskan. Barang yang orang lain beri dahulu, moga apabila dilepaskan kepada orang lain untuk dimanfaatkan, pahala terus mengalir buat orang yang memberinya dahulu.

Pendapat saya, barangan bayi terutamanya newborn jika sesuai, cari yang terpakai kerana 1) bayi newborn membesar dengan cepat dalam tiga bulan pertama dan makin membesar, sekejap sahaja pakaian sudah perlu ditukar, 2) waktu bayi sudah tak muat pakaian newborn, biasanya pakaian dia masih dalam keadaan cantik kerana dipakai beberapa bulan sahaja.

Cuma, jika membeli pakaian terpakai (atau second hand, atau terma glamour sekarang 'preloved'), pastikan cuci dahulu pakaian sebelum anak guna.

Jika membeli car seat terpakai pula, pastikan anda tahu history car seat tu seperti bila dibeli, tarih luput, kenapa tuan car seat menjual car seat tersebut dan adakah car seat  tersebut pernah melalui kemalangan.

Selain itu, menggunakan barang terpakai termasuk pakaian dapat membantu mengurangkan sampah. Best tu, dapat jimat duit (sebab jika beli yang baharu harga lebih mahal), at the same time menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami.

So why buy new? Reuse now and gain more from it.

😊🌹

Sabtu, 2 Mac 2019

Santai petang di Kuala Lumpur

Semalam kami ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak untuk program Singgah Santai. Ada pelbagai aktiviti di sana seperti booth jualan, aktiviti kanak-kanak, booth pameran, dan bengkel. Kami pergi dah petang jadi cuma sempat masuk ke dalam perpustakaan kanak-kanak untuk membiasakan Raees dengan buku dan mendengar talk mengenai cara membuatkan baja organik DIY. Bertambah teruja nak menanam selepas dengar talk 😎


Sejak Raees lahir, I can't remember, mungkin sekali atau dua kali sahaja ke sana, itu pun terkejar-kejar memikirkan anak. Sekarang Raees sudah makin besar, makin perlu mendedahkan Raees kepada aktiviti-aktiviti berkaitan buku dan membaca. I hope to see him become a reader tapi it's not going to happen without early exposure.


Selepas talk tentang baja DIY, kami ke cafeteria untuk minum dan alas perut sebelum makan malam. Trying not to create more waste, we were all geared with reusable food containers and cutleries.

Masuk cafe, nampak tak banyak pilihan mungkin disebabkan sudah petang dan pengusaha cafe tak menyediakan makanan yang banyak maka kami pilih makan apa yang tinggal iaitu jagung dan minum teh tarik. 

Jagung harganya RM2/cawan. Kami beli jagung RM4 dan hulur bekas makanan kami supaya jagung diletakkan ke dalamnya memandangkan mereka guna cawan plastik pakai buang namun sayangnya bekas yang orang tu sukat jumlah jagung juga adalah bekas plastik pakai buang. Kan ke bagus jika guna bekas kaca atau stainless steel sebagai penyukat.


Malam itu kami makan malam di Kg. Baru. Di kedai makan, waktu order air kami minta tak nak straw. Waiter yang ambil order kali ini memenuhi permintaan kami. In fact, dia ambil order, dia juga yang hantar order kami. That way, dia boleh make sure apa yang kami order ditunaikan. Bagi saya bagus SOP begitu.

Maka, malam itu kami berjaya minum teh ais dengan straw stainless steel yang dibawa. Cuma Raees tak gemar straw stainless steel. Dia suka gigit straw, straw besi mana boleh gigit haha! Ada cadangan tak nak beri straw apa yang bukan plastik dan boleh guna semula berkali-kali?


Anyway, disebabkan saya bawa bekas makanan, shopping bag, cutlery, pampers dan pakaian Raees, maka kini jika keluar saya bawa backpack instead of handbag kerana itu lebih memudahkan saya bergerak sambil bawa pelbagai barangan. Hidup mak-mak anak kecil beginilah... 😜