Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -

Jumaat, 22 Mac 2019

Ingin hidup zero waste? Buat 7 perkara ini dahulu.

Okay. Semangat #towardszerowaste sudah ada, namun tak tahu nak bermula dari mana? Boleh follow step by step ini:

1) Follow orang yang sudah berpengalaman melalui kehidupan harian dengan amalan zero waste atau sifar sampah, terutamanya locally. Kenapa kena cari local zero waster? Sebab amalan mereka lebih mudah untuk kita adopt and adapt sebab kita berkongsi kemudahan yang hampir sama. Saya follow Aurora di Instagram dan once a while tengok video berkenaan Lauren Singer. Aurora yang mengasaskan group Zero Waste Malaysia di Facebook. Lauren pula pengasas The Simply Co.


2) Sertai kumpulan sokongan seperti Zero Waste Malaysia supaya kita terus bersemangat untuk meneruskan gaya hidup zero waste. Selain itu melalui kumpulan sokongan, mudah untuk kita dapat maklumat berkaitan seperti tempat-tempat baharu yang menjual produk mesra alam atau menyokong aktiviti mesra alam.



3) Memahami 5R: Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot. Apabila kita faham yang ini lebih mudah untuk kita atur strategi untuk menuju ke arah zero waste.



4) Senaraikan perkara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita tidak menghasilkan lebih banyak sampah. Saya cuma menyenaraikannya dalam minda, but then jika ada senarai bertulis, kita lebih jelas dengan haluan kita.

5) Dari senarai yang dibuat, pilih 1 atau 2 perkara yang mudah untuk dimulakan dan diteruskan. Saya memilih untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah dan mengelak penggunaan straw plastik. Biar nampak usaha itu kecil tapi jika dibuat berterusan, impaknya besar sebenarnya!

6) Jika gagal, usaha lagi, usah berputus asa. Kita mungkin sudah hidup bertahun-tahun dengan plastik dan habit membuang sampah tanpa berfikir panjang tentang kesannya, jadi normallah jika ambil masa untuk menukar ke habit lain. Tak usah tertekan jika terlupa atau tidak berjaya mencari alternatif yang lebih baik tapi sematkan dalam minda untuk perbaiki diri dari masa ke masa.

7) Apabila sudah biasa dengan 1 atau 2 perkara dalam senarai yang telah dibuat, boleh tambah perkara lain pula untuk dipraktikkan.

Untuk saya sendiri, saya memulakan dengan menolak beg dan straw plastik. Kenapa?

1) Beg membeli-belah dan straw guna semula masih dalam kategori mampu milik dan penggunaannya bukan terhad kepada sehari dua sahaja membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. In fact, shopping bag saya beli sejak lima tahun lalu masih digunakan sehingga kini. Berbaloi, kan?

2) Beg dan straw guna semula mudah dibawa ke mana-mana. Beg membeli-belah guna semula ada yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg galas. Begitu juga dengan straw, ada yang boleh dilipat tapi untuk saya, straw lipat bukan prioriti kerana saya memang sentiasa membawa beg yang besar, boleh muat macam-macam benda!



Untuk barangan pre-pack menggunakan plastik, saya belum mampu mengelak kebanyakannya but it's okay, one step at a time, insya-Allah.

Jadi, yang sudah bersemangat tu, jom kita sama-sama berusaha mengurangkan sampah kita, a step at a time. Selamat berusaha! 😉

Tiada ulasan :