Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2019

Kek Ambon Kelantan yang menggamit memori


Dua minggu lepas saya buat kek kukus. Kami panggil kek ni, kek ambon. Ada yang panggil kek ni ambon Kelantan, apam Kelantan atau apong. Kenapa namanya begitu, saya tak tahu. Namun kek ini memang menggamit memori kerana Umi saya selalu buat kek ini buat kami sekeluarga ketika kecil dahulu. Saki baki adunan yang melekat di mangkuk adunan tentu kami makan sebab sedap dan manis! Saya makin rajin buat kek ini tempoh hari pun dek adik saya minta buatkan sebab sudah lama tak makan. Nak mengimbau kenangan lah tuuuu...!

Kek ini sangat mudah nak dibuat, sebab itu agaknya selalu kek ini dibuat dan sangat pula mudah habis sebab sedap haha! Saya tak pernah nampak pula kek ini dijual di luar Kelantan tapi tak apa, mudah nak dibuat jadi tak perlu beli. Kita beli bahan-bahan sahaja dan buat sendiri. ;)

Ini resepi yang saya guna, diturunkan oleh Umi saya. :)

KEK AMBON KELANTAN

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur (pecahkan seberapa banyak telur sehingga penuh mangkuk)
1 mangkuk gula (jika mahu kurang manis kurangkan kepada 2/3 atau 1/2 mangkuk)
1 mangkuk tepung (dicampurkan tepung naik sendiri dan tepung biasa, diayak)
1 sudu kecil esen vanila
pewarna (tak wajib)

Nota: Guna mangkuk yang sama untuk menyukat bahan-bahan.

Cara-cara:
1) Panaskan air di dalam pengukus
2) Sementara menunggu air di dalam pengukus mendidih, pukul telur bersama gula dan esen vanila di dalam satu mangkuk sehingga kembang.
3) Kemudian masukkan campuran tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan tadi sehingga sebati.
4) Jika memilih untuk meletakkan warna, bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yang dikehendaki. Kemudian campurkan pewarna ke dalam setiap bekas.
5) Secara bergilir-gilir, masukkan adunan yang sudah berwarna ke dalam acuan.
6) Masukkan acuan ke dalam pengukus dan tutup pengukus dengan rapat.
7) Kukus selama lebih kurang 45 minit.
8) Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Yang mana cuba resepi ini, kongsikan hasilnya nanti ya! Selamat mencuba!

Ahad, 7 April 2019

Pengalaman membeli di Pasar Tani ala #towardszerowaste



Hari ini saya makan nasi lemak yang dibeli di Pasar Tani Kampung Salak untuk sarapan.

Saya pergi pasar dengan membawa beg sandang. Di dalam beg sandang ada mesh bag, reusable shopping bag dan beberapa bekas makanan. Suami dan anak ikut bersama.

Waktu kami membeli nasi lemak, saya hulur dua bekas makanan, minta nasi untuk dua orang dan sambal kerang dengan sambal lebih. Waktu hulur bekas tu orang tak ramai dan makcik yang menjual nasi lemak sedang membungkus nasi lemak kosong dalam kertas pembungkus makanan. Makcik pun ambil bekas dengan bersahaja. Ada pekerja dia cakap ‘dia bawa bekas!’ Hmm... I wonder why dia cakap macam tu.

Kemudian kami beli laksam. Yang ini saya tak mampu hulur bekas makanan kerana mereka sudah pre-pack laksam dalam plastik. Cuma kami refuse beg plastik dan memasukkan laksam ke dalam shopping bag. Adik yang menjual laksam, agaknya tak biasa, dia terlupa ambil bayaran makanan kami. Waktu kami panggil dia untuk buat pembayaran pun dia kelihatan blur. Adeh... are you okay dik?

Selepas itu misi mencari pisang. Kami hendak mencari dua jenis pisang- satu untuk dimakan dan satu lagi untuk dibuat cekodok. Kami berhenti di gerai seorang pakcik tua. Satu longgok RM5. Pakcik sudah standby dengan plastik untuk memasukkan pisang yang kami mahu. Saya beritahu pakcik tak mengapa, kami letak ke dalam beg kami. Pakcik okay saja.

Selepas itu ke gerai lain pula untuk mencari pisang yang sudah lebu. Terjumpa pisang di kedai seorang aunty Cina. RM5 sebakul. Kami ambil 1 bakul. Sedang terleka dan terlupa untuk pesan tak mahu plastik, aunty sudah masukkan pisang ke dalam plastik. Kemudian saya ternampak beg plastik, teringat tentang misi saya nak mengurangkan plastik dan mengeluarkan mesh bag saya, lalu beritahu aunty saya mahu alih pisang di dalam beg plastik ke mesh bag saya. Aunty nampak seronok. Dia kata bagus tak guna beg plastik. Saya sebenarnya seronok kerana dapat feedback yang baik dari seorang peniaga.

Kemudian kami pulang, singgah di kedai untuk membeli tepung naik sendiri, susu tin dan roti yang mana semuanya menggunakan some sort of packaging untuk melindungi produk. Too bad, but then it still felt so good sebab berjaya mengurangkan beberapa sampah terutamanya plastik.

Saya rasa membeli di pasar sebenarnya banyak peluang untuk kita mengurangkan sampah kerana biasanya barangan di pasar asalnya tidak dibungkus dalam plastik. Cuma apabila tiba di pasar, untuk memudahkan, peniaga mula membungkus siap-siap seperti makcik yang menjual nasi lemak. Asalnya dahulu nasi lemak yang dijualnya diletakkan di dalam bekas besar yang menyimpan nasi, dicedok nasi masuk ke dalam kertas pembungkus apabila ada yang mahu membeli. Namun apabila orang yang membeli ramai, dia mula membungkus nasi lemak dengan lebih awal. Walaupun begitu, biasanya masih ada nasi yang belum dibungkus jadi itulah bahagian untuk orang yang mahu menggunakan bekas sendiri.

Anyway, salah satu tips untuk membeli-belah ala #towardszeroaste: rancang pembelian anda. Apabila merancang, kita tahu di mana kita boleh mendapatkan barang tanpa single use plastic, bekas dan beg apa yang nak dibawa serta berapa banyak bekas dan beg yang perlu dibawa. Bukankah jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal? Jadi nak misi zero waste berjaya, perlulah merancang. ;)

Ahad, 31 Mac 2019

Straw: Yang mana untuk saya?

Dalam usaha saya nak elak plastik, saya belajar untuk tidak menggunakan straw plastik yang biasanya digunakan sekali sahaja, dan biasanya hanya untuk waktu yang singkat. Straw ini, walau kelihatan kecil, impaknya besar kepada alam sekitar.

Jadi, apa penyelesaiannya?

Straw guna semula!

Apa yang bagus tentang straw guna semula adalah ia datang dengan pelbagai warna, saiz dan material. Yang penting, boleh dicuci dan diguna semula. Untuk mencuci straw guna semula, pastikan anda ada berus yang sesuai dengan saiz straw.

Setakat ini yang dijual dengan meluas terutama di Malaysia adalah straw stainless steel. Selain itu, boleh cuba straw buluh, silikon atau kaca. Jadi, yang mana satu sesuai untuk anda? Mungkin tips di bawah boleh membantu anda membuat keputusan:

  1. Straw besi stainless steel: Jika anda kerap travel dan selalu menggunakan straw, mungkin straw besi sesuai untuk anda.
  2. Straw buluh: Jika anda gemar benda-benda yang natural, straw ini mungkin untuk anda.
  3. Straw kaca: Jika anda sangatlah takut ada kekotoran di dalam straw anda, straw kaca mungkin untuk anda.
  4. Straw silikon: Jika anda suka straw yang tak keras, boleh digigit-gigit, straw silikon untuk anda. Biasanya kanak-kanak suka straw begini.

Untuk saya sendiri, saya menggunakan straw stainless steel kerana saya memerlukan straw yang tahan lasak, yang tak rosak walau dicampak-campak atau terjatuh. Saya mempunyai straw stainless steel yang kecil dan bended serta yang besar dan lurus. Saya tidak gemar minum menggunakan straw buluh. Saya belum pernah cuba straw kaca atau silikon but I'm getting silicon straw for my son. Hopefully my order will arrive soon.



Selain straw guna semula, terdapat straw kertas yang boleh dipakai buang. Bagi saya straw begini sesuai digunakan ketika jamuan/parti dengan jumlah tetamu yang agak ramai.

Sekarang anda boleh buat pilihan yang tepat dengan citarasa anda. Jika tidak, boleh saja minum tanpa straw, kan? 𝨝


Straw guna semula banyak dijual di kedai-kedai online seperti Lazada dan Shopee, dan juga local bulk shops, some bulk shops mengambil tempahan online.

Jumaat, 22 Mac 2019

Ingin hidup zero waste? Buat 7 perkara ini dahulu.

Okay. Semangat #towardszerowaste sudah ada, namun tak tahu nak bermula dari mana? Boleh follow step by step ini:

1) Follow orang yang sudah berpengalaman melalui kehidupan harian dengan amalan zero waste atau sifar sampah, terutamanya locally. Kenapa kena cari local zero waster? Sebab amalan mereka lebih mudah untuk kita adopt and adapt sebab kita berkongsi kemudahan yang hampir sama. Saya follow Aurora di Instagram dan once a while tengok video berkenaan Lauren Singer. Aurora yang mengasaskan group Zero Waste Malaysia di Facebook. Lauren pula pengasas The Simply Co.


2) Sertai kumpulan sokongan seperti Zero Waste Malaysia supaya kita terus bersemangat untuk meneruskan gaya hidup zero waste. Selain itu melalui kumpulan sokongan, mudah untuk kita dapat maklumat berkaitan seperti tempat-tempat baharu yang menjual produk mesra alam atau menyokong aktiviti mesra alam.



3) Memahami 5R: Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot. Apabila kita faham yang ini lebih mudah untuk kita atur strategi untuk menuju ke arah zero waste.



4) Senaraikan perkara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita tidak menghasilkan lebih banyak sampah. Saya cuma menyenaraikannya dalam minda, but then jika ada senarai bertulis, kita lebih jelas dengan haluan kita.

5) Dari senarai yang dibuat, pilih 1 atau 2 perkara yang mudah untuk dimulakan dan diteruskan. Saya memilih untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah dan mengelak penggunaan straw plastik. Biar nampak usaha itu kecil tapi jika dibuat berterusan, impaknya besar sebenarnya!

6) Jika gagal, usaha lagi, usah berputus asa. Kita mungkin sudah hidup bertahun-tahun dengan plastik dan habit membuang sampah tanpa berfikir panjang tentang kesannya, jadi normallah jika ambil masa untuk menukar ke habit lain. Tak usah tertekan jika terlupa atau tidak berjaya mencari alternatif yang lebih baik tapi sematkan dalam minda untuk perbaiki diri dari masa ke masa.

7) Apabila sudah biasa dengan 1 atau 2 perkara dalam senarai yang telah dibuat, boleh tambah perkara lain pula untuk dipraktikkan.

Untuk saya sendiri, saya memulakan dengan menolak beg dan straw plastik. Kenapa?

1) Beg membeli-belah dan straw guna semula masih dalam kategori mampu milik dan penggunaannya bukan terhad kepada sehari dua sahaja membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. In fact, shopping bag saya beli sejak lima tahun lalu masih digunakan sehingga kini. Berbaloi, kan?

2) Beg dan straw guna semula mudah dibawa ke mana-mana. Beg membeli-belah guna semula ada yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg galas. Begitu juga dengan straw, ada yang boleh dilipat tapi untuk saya, straw lipat bukan prioriti kerana saya memang sentiasa membawa beg yang besar, boleh muat macam-macam benda!



Untuk barangan pre-pack menggunakan plastik, saya belum mampu mengelak kebanyakannya but it's okay, one step at a time, insya-Allah.

Jadi, yang sudah bersemangat tu, jom kita sama-sama berusaha mengurangkan sampah kita, a step at a time. Selamat berusaha! 😉

Rabu, 20 Mac 2019

Straw: nak atau tak nak?


Apabila minum di luar, selagi ingat, saya akan minta minuman tanpa straw. Kini cikgu Fattah pun jika dia yang order minuman, akan minta tak nak straw.

Namun, perlu ke ada straw yang boleh diguna semula jika menolak straw plastik?

Sesetengah orang dia malas bawa straw dan tidak kisah minum minumam berais directly dari gelas, terus tak guna straw. Saya, on the other hand, tak tahan sejuk ais apabila terkena gigi, prefer guna straw. Disebabkan itu, straw stainless steel saya dibawa ke mana-mana.

Raees pula tak suka minum guna straw stainless steel so no straw for him for now. Sedang berkira-kira untuk beli straw silikon untuk Raees.

Ada banyak jenis straw guna semula. Nanti next post saya kongsi tentang pelbagai altertanif lain kepada straw plastik, lain orang lain material yang sesuai untuk dia.  Banyak sebenarnya alternatif lain di luar sana. Yang penting, nak ke tak nak, kan?

Apa pun jenis straw guna semula yang kita guna, pastikan beli berus straw sekali untuk memudahkan proses mencuci dan tak ada lekat bau sisa minuman.

Selasa, 19 Mac 2019

Idea permainan kanak-kanak menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai

Kebelakangan ini cuaca sangat panas di tempat saya. Di rumah ibu bapa saya kami kadang-kadang memasang penghawa dingin apabila tidur pada waktu malam, terutamanya waktu terlalu panas, namun sejak kebelakangan ini saya rasa lebih lama berada di bawah penghawa dingin, lebih kering tekak saya, manakala Raees pula sudah selsema dan batuk-batuk. Jika tidak memasang penghawa dingin pula bilik kami terasa sangat panas kerana kipas siling di bilik sangatlah perlahan.

Apabila masing-masing sudah tidak selesa, semalam kami tidak boleh tidur maka kami lepak di bawah kerana lebih sejuk di situ.

Ketika di bawah, Raees secara automatik meminta saya membuka YouTube Kids di TV. No no noooo... sudah lewat malam dan dia macam makin ketagih menonton video, memang tidaklah saya benarkan dia tengok video!

Maka saya offer Raees main masak-masak, dia tak layan. Lalu offer dia makan, pun dia tak layan. Fikir, fikir, fikir, lalu saya ternampak brown sticky tape dan sekotak penutup botol plastik, terus dapat idea, alhamdulillah!

Saya cari dinding yang kosong tiada perabot. Lalu saya tampal cardboard tube dari kitchen paper di dinding, cuba memasukkan penutup botol dari atas, yay, penutup botol sampai ke bawah, berjaya!



Seronok Raees dapat bermain. Saya beritahu Cikgu Fattah, tak perlu beli permainan baharu pun dah seronok dah main ni, guna barang terpakai sahaja. Jika beli permainan baharu most probably perlu beli permainan dari plastik lagi. Nak beli permainan kayu, agak mahal pula harganya.

Cikgu Fattah beritahu Raees, okay Raees, ini hadiah hari lahir Raees dari Ummi. Haha, cheapskate atau towards zero waste sebenarnya Ummi Raees ni?



By the way, penutup botol dan cardboard tube tu memang saya kumpul. Ibu bapa saya suka beli kitchen paper, saya tidak boleh paksa mereka mengikut cara saya untuk tidak membeli kitchen paper, maka saya simpan cardboard tube dari kitchen paper yang sudah habis supaya dapat diguna semula atau dibuat sesuatu yang baharu dengannya.

Penutup botol pula ada yang plastik, ada yang besi (dari botol kaca). Asalnya Umi saya yang kumpul untuk kerjanya, kemudian saya yang rajin sedikit mengasingkan sampah terus menyimpan penutup botol.

Dengan sedikit imaginasi, banyak permainan dan aktiviti kraf sebenarnya boleh dibuat menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai. Jika tiada idea, boleh Google atau buat carian di Pinterest, antara tempat kegemaran saya untuk mengumpul idea.

Cari saya di Pinterest: Huda Engku

Isnin, 18 Mac 2019

Bahaya kertas pembungkus makanan kepada alam sekitar

Tempoh hari saya scroll newsfeed Facebook, ternampak gambar minuman teh tarik madu yang dihidangkan di dalam gelas plastik pakai buang, di bawahnya dilapik piring plastik yang boleh diguna semula.

Terus saya komen bertanya empunya gambar, adakah minuman itu dihidangkan untuk yang minum di kedai? Lalu dijawab, iya untuk yang minum di kedai tersebut.

Saya pernah ke kedai tersebut. Kedai tersebut berada di Kota Bharu dan kini sudah membuka cawangan di Kuala Lumpur. Sebelum ini mereka tidak menghidangkan minuman tersebut di dalam gelas pakai buang seperti sekarang.

Sedihnya saya!

Kemudian saya dan keluarga makan nasi kerabu di Bangi. Nasi kerabu kami dihidang di atas pembungkus makanan pakai buang yang dilapik pinggan plastik yang boleh diguna semula. Pembungkus makanan tersebut, walaupun secara luarannya adalah kertas, namun kertas tersebut diletak satu lapisan plastik (food grade PE lamination). 



Info: PE, atau polythylene adalah sejenis plastik dan digunakan secara meluas kerana ia tidak memakan kos yang besar. Polythylene digunakan untuk membuat grocery bag dan kotak serta pembungkus makanan. Selain itu Polythylene dijadikan botol plastik untuk mengisi ubat.

So basically pembungkus makanan kertas berlaminate dengan PE ini sangat sukar untuk dikitar semula, diguna semula, apatah lagi dijadikan compost apabila lapisan kertas dan PE tidak diasingkan.

Maka jadilah pembungkus makanan itu sampah yang makin menggunung tinggi dan mengambil masa sangat lama untuk terurai. Dalam tempoh tersebut entah ke mana perginya sampah tersebut- ada kemungkinan masuk ke saliran terus ke laut dan membahayakan kehidupan laut.

Melainkan... jika anda rasa rajin untuk mengasingkan lapisan kertas dari PE selepas selesai mmakan. Rajin tak? Sesungguhnya saya lebih rela mencuci bekas Tupperware yang saya guna!

Untuk mengasingkan kertas dengan lapisan PE sebelum dikitar semula tentu membabitkan kos tambahan membuatkan proses pengurusan sisa pepejal menjadi lebih mahal. Generally orang akan memilih untuk menjimatkan kos, kan? So, in the beginning, pilihlah untuk refuse kertas pembungkus makanan berlaminate PE ini, okay?

Waktu melayan rasa sedih, saya terfikir, adakah pengusaha premis makanan tersebut sedar tentang kerosakan yang mereka lakukan dengan menggunakan bahan yang mengandungi plastik pakai buang/single use?

Mereka orang bisnes. Mereka berfikir untuk menjimatkan sumber dan meningkatkan keuntungan, memang itu kerja orang bisnes. Mereka mungkin tidak faham langsung tentang kerosakan yang berpunca dari penggunaan plastik jadi rasa macam tidak adil pula menyalahkan mereka tanpa mendidik mereka.

Hmm...

Mungkin inilah masanya saya melaksanakan tanggungjawab saya memberi kesedaran kepada mereka, kan?

*Bertukar menjadi Super Huda!*

Alangkah bagusnya jika pengusaha premis makanan dan minuman berusaha menambah keuntungan di samping memelihara alam sekitar- sambil menyelam minum air. Untungnya kelak insya-Allah sampai ke generasi akan datang.

Khamis, 7 Mac 2019

Minum kopi cara zero waste

Terdapat banyak kaedah penyediaan kopi tapi adakah kaedah tersebut mesra alam?


Saya gemar guna French press coffee maker. Isi kopi yang sudah dikisar, tambah air panas, tunggu, tekan, tuang, minum. Tiada paper filter, pod, capsule atau uncang dibuang.

The best thing is, sisa serbuk kopi banyak kegunaannya.

1) Tabur di tanah untuk suburkan tanah.
2) Masukkan ke dalam compost bin.
3) Boleh guna untuk halau serangga.
4) Hilangkan bau.
5) Dijadikan skrub badan.


Saya pernah buat skrub badan menggunakan serbuk kopi. Campur kopi kisar ke dalam minyak zaitun atau minyak kelapa, jika suka boleh masukkan juga serbuk kayu manis dan gula.

So selepas ini jika minum kopi, simpan sisa serbuk kopi untuk dimanfaatkan. 😉

Rabu, 6 Mac 2019

3 cara ibu bapa minimalist memastikan anak-anak seronok bermain

Saya pernah baca blog seorang ibu yang stress dengan kehidupan harian dia. Anak-anak dia ada satu bilik penuh dengan permainan. Apabila diletakkan anak-anak di dalam bilik permainan, sekejap sahaja anak-anaknya keluar dan memberitahu mereka tak tahu nak main apa.

Punya banyak permainan tapi tak tahu nak main apa! 😅


Menurut beberapa minimalists, antara peraturan permainan anak-anak mereka:

1) set ruang fizikal seperti kotak, atau dinding, atau laci, atau almari untuk menyimpan permainan. Anak boleh pilih permainan apa yang dia mahu simpan asalkan jumlahnya tidak melebihi ruang fizikal yang telah ditetapkan.

2) guna peraturan 1 in 1 out. Jika mahu tambah satu permainan baharu, perlu lepaskan satu permainan sedia ada.

3) kerap melakukan aktiviti di luar rumah, main kejar-kejar, panjat-panjat, bersiar-siar, jungle trekking, berkelah, berkhemah, melawat tempat tarikan pelancong, dan lain-lain lagi. In other words, provide lebih banyak pengalaman berbanding barang. Begitu mereka tak memerlukan banyak permainan untuk grow yet still have fun

Jadi, jika kalian rasa permainan anak-anak yang banyak tak membuatkan diri sendiri dan keluarga gembira, dah boleh mula review inventori permainan anak-anak sekarang dan praktikkan peraturan di atas.

Isnin, 4 Mac 2019

Pertama kali ke The Hive Bulk Foods

Tempoh hari first time kami pergi ke physical shop The Hive- Bulk Foods yang terletak di Ampang kerana kebetulan kami berada di KL waktu itu. Selain di Ampang, ada juga kedainya di Bangsar. Di sana terdapat pelbagai produk yang lebih mesra alam.



Antara produk yang boleh didapati di sana seperti barangan yang boleh diguna semula seperti straw stainless steel, grocery bag, bekas makanan, bekas minuman sejuk, bekas minuman panas, sudu, garfu dan chopsticks.

Selain itu produk makanan dan penjagaan diri yang menggunakan bungkusan yang mesra alam atau boleh terus dimasukkan ke dalam bekas yang kita bawa dari rumah macam balang atau grocery bag.

Untuk wanita, terdapat tuala wanita kain dan menstrual cup silikon yang boleh digunakan berulangkali, so bukan setakat mesra alam tapi juga mesra bajet.


Selain physical shop, kita boleh juga membeli secara online di laman web The Hive- Bulk Foods.

Sebelum ini saya pernah membeli straw stainless steel dan berus straw dengan The Hive- Bulk Foods secara online tetapi saya perhati jika membeli secara online biasanya melibatkan penggunaan plastik, maka rasa macam jika sekali sebulan borong barang keperluan terus di kedai lebih baik dari order online yang dihantar dalam plastik.

Jika ke The Hive- Bulk Foods, make sure bawa shopping bag sendiri, botol atau mesh bag untuk top up barang dapur.

Hari ini saya cuma beli mesh bag dan sarung cutlery.


Nanti stock toothbrush dah habis mungkin boleh start guna toothbrush buluh. Selain itu teringin juga guna shampoo bar yang boleh dibeli tanpa pembungkus plastik.

Kalau mahu pergi ke The Hive Bulk Foods, ini details kedai:

The Hive Bulk Foods Bangsar
92A, Lorong Maarof,
Bangsar Park,
59000 Kuala  Lumpur
Tel: +6017 680 4221
Opening Hours:
Monday-Sunday, 9:00am - 7:00pm

The Hive Bulk Foods Ampang

1F, Hock Choon Supermarket,
241 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Opening Hours:
Monday-Saturday, 9:00am-7:30pm
Sunday, 9:30am-6:00pm