Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -
Memaparkan catatan dengan label cerita Raees. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita Raees. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2019

Idea permainan kanak-kanak menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai

Kebelakangan ini cuaca sangat panas di tempat saya. Di rumah ibu bapa saya kami kadang-kadang memasang penghawa dingin apabila tidur pada waktu malam, terutamanya waktu terlalu panas, namun sejak kebelakangan ini saya rasa lebih lama berada di bawah penghawa dingin, lebih kering tekak saya, manakala Raees pula sudah selsema dan batuk-batuk. Jika tidak memasang penghawa dingin pula bilik kami terasa sangat panas kerana kipas siling di bilik sangatlah perlahan.

Apabila masing-masing sudah tidak selesa, semalam kami tidak boleh tidur maka kami lepak di bawah kerana lebih sejuk di situ.

Ketika di bawah, Raees secara automatik meminta saya membuka YouTube Kids di TV. No no noooo... sudah lewat malam dan dia macam makin ketagih menonton video, memang tidaklah saya benarkan dia tengok video!

Maka saya offer Raees main masak-masak, dia tak layan. Lalu offer dia makan, pun dia tak layan. Fikir, fikir, fikir, lalu saya ternampak brown sticky tape dan sekotak penutup botol plastik, terus dapat idea, alhamdulillah!

Saya cari dinding yang kosong tiada perabot. Lalu saya tampal cardboard tube dari kitchen paper di dinding, cuba memasukkan penutup botol dari atas, yay, penutup botol sampai ke bawah, berjaya!



Seronok Raees dapat bermain. Saya beritahu Cikgu Fattah, tak perlu beli permainan baharu pun dah seronok dah main ni, guna barang terpakai sahaja. Jika beli permainan baharu most probably perlu beli permainan dari plastik lagi. Nak beli permainan kayu, agak mahal pula harganya.

Cikgu Fattah beritahu Raees, okay Raees, ini hadiah hari lahir Raees dari Ummi. Haha, cheapskate atau towards zero waste sebenarnya Ummi Raees ni?



By the way, penutup botol dan cardboard tube tu memang saya kumpul. Ibu bapa saya suka beli kitchen paper, saya tidak boleh paksa mereka mengikut cara saya untuk tidak membeli kitchen paper, maka saya simpan cardboard tube dari kitchen paper yang sudah habis supaya dapat diguna semula atau dibuat sesuatu yang baharu dengannya.

Penutup botol pula ada yang plastik, ada yang besi (dari botol kaca). Asalnya Umi saya yang kumpul untuk kerjanya, kemudian saya yang rajin sedikit mengasingkan sampah terus menyimpan penutup botol.

Dengan sedikit imaginasi, banyak permainan dan aktiviti kraf sebenarnya boleh dibuat menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai. Jika tiada idea, boleh Google atau buat carian di Pinterest, antara tempat kegemaran saya untuk mengumpul idea.

Cari saya di Pinterest: Huda Engku

Ahad, 24 Februari 2019

Throwback: Kisah pada hari Raees lahir

Raees sudah berusia dua tahun hari ini.



Dua tahun lalu, saya tak ingat sangat tentang stress dan sakit nak melahirkan Raees walaupun baru pertama kali melalui pengalaman tersebut. It was so beautiful to think of again and again.

Di wad, sambil menunggu untuk di-induce, cikgu Fattah siap jamu saya dengan nasi kerabu dan air kelapa, dengan harapan anak dia mudah keluar dan keluar sukakan makanan Kelantan terutamanya budu hahahahaaaa! 😆 Kemudian baca Quran, jalan-jalan round wad, tolong orang lain jaga baby dia, dan paling best, waktu contraction mandi air panas yang nyaman.

Selepas di-induce, pagi 24/2/17 pecah air ketuban, bukaan tak besar mana lagi tapi doktor dah suruh nurse cari labour room kosong. Sekitar 4-5 petang gitu kena tolak masuk labour room tapi disebabkan sebelum masuk labour room saya minum air milo, mereka kena check tahap gula dalam darah dahulu since saya penghidap gestational diabetes mellitus (GDM/kecing manis waktu mengandung).

Around 11 malam mula nak deliver baby tapi saya tak pandai nak teran adoyaiii... tak habis belajar lagi bab itu. Jadi nurse panggil doktor untuk standby in case perlu vacuum. Doktor, instead of datang untuk vacuum, dia datang bantu bagi semangat dengan kata-kata positif kepada saya. Alhamdulillah, akhirnya Raees lahir tanpa perlu vacuum.

I was hoping for skin to skin as soon as Raees lahir tapi pernafasan Raees laju jadi mereka terpaksa bagi alat untuk bantu Raees bernafas. Saya tak sempat tengok muka Raees pun. Mujur cikgu Fattah most of the time berada di labour room, dia dapat tengok baby. Saya cuma dapat sahkan anak saya lelaki atau perempuan. Waktu tu sedang letih, tak sempat nak fikir dah.

The first time jumpa Raees keesokannya di NICU. Sedih pula sebab first time jumpa saya pegang Raees, Raees menangis. Saya pula terkial-kial untuk menyusukan Raees di NICU, maklumlah first time. Alhamdulillah ada nurse ajar cara nak menyusukan anak dengan betul. Lama-lama pandai dah. Thank you nurse. Sampai ke hari ini Raees belum mahu berhenti menyusu. 😂

Saya nak ucap terima kasih buat doktor, bidan, nurse, dietitian, pakcik makcik cleaner, adik-adik yang hidang makan di Hospital Serdang kerana memberi perkhidmatan yang baik.

Terima kasih suami sebab selalu teman saya di wad, di labour room dan di NICU serta menyediakan makanan untuk saya.

Terima kasih rakan-rakan sewad di wad bersalin dan wad NICU sebab berkongsi cerita dan nasihat. Terima kasih makcik tukang urut.

Terima kasih Umi, Mak dan adik ipar yang pernah menyediakan makanan pantang buat saya.

Terima kasih Raees sebab tak kuat meragam.

Kalian sebahagian dari kisah hidup saya yang berwarna-warni ini, alhamdulillah.