Hari ini saya makan nasi lemak yang dibeli di Pasar Tani Kampung Salak untuk sarapan.
Saya pergi pasar dengan membawa beg sandang. Di dalam beg sandang ada mesh bag, reusable shopping bag dan beberapa bekas makanan. Suami dan anak ikut bersama.
Waktu kami membeli nasi lemak, saya hulur dua bekas makanan, minta nasi untuk dua orang dan sambal kerang dengan sambal lebih. Waktu hulur bekas tu orang tak ramai dan makcik yang menjual nasi lemak sedang membungkus nasi lemak kosong dalam kertas pembungkus makanan. Makcik pun ambil bekas dengan bersahaja. Ada pekerja dia cakap ‘dia bawa bekas!’ Hmm... I wonder why dia cakap macam tu.
Kemudian kami beli laksam. Yang ini saya tak mampu hulur bekas makanan kerana mereka sudah pre-pack laksam dalam plastik. Cuma kami refuse beg plastik dan memasukkan laksam ke dalam shopping bag. Adik yang menjual laksam, agaknya tak biasa, dia terlupa ambil bayaran makanan kami. Waktu kami panggil dia untuk buat pembayaran pun dia kelihatan blur. Adeh... are you okay dik?
Selepas itu misi mencari pisang. Kami hendak mencari dua jenis pisang- satu untuk dimakan dan satu lagi untuk dibuat cekodok. Kami berhenti di gerai seorang pakcik tua. Satu longgok RM5. Pakcik sudah standby dengan plastik untuk memasukkan pisang yang kami mahu. Saya beritahu pakcik tak mengapa, kami letak ke dalam beg kami. Pakcik okay saja.
Selepas itu ke gerai lain pula untuk mencari pisang yang sudah lebu. Terjumpa pisang di kedai seorang aunty Cina. RM5 sebakul. Kami ambil 1 bakul. Sedang terleka dan terlupa untuk pesan tak mahu plastik, aunty sudah masukkan pisang ke dalam plastik. Kemudian saya ternampak beg plastik, teringat tentang misi saya nak mengurangkan plastik dan mengeluarkan mesh bag saya, lalu beritahu aunty saya mahu alih pisang di dalam beg plastik ke mesh bag saya. Aunty nampak seronok. Dia kata bagus tak guna beg plastik. Saya sebenarnya seronok kerana dapat feedback yang baik dari seorang peniaga.
Kemudian kami pulang, singgah di kedai untuk membeli tepung naik sendiri, susu tin dan roti yang mana semuanya menggunakan some sort of packaging untuk melindungi produk. Too bad, but then it still felt so good sebab berjaya mengurangkan beberapa sampah terutamanya plastik.
Saya rasa membeli di pasar sebenarnya banyak peluang untuk kita mengurangkan sampah kerana biasanya barangan di pasar asalnya tidak dibungkus dalam plastik. Cuma apabila tiba di pasar, untuk memudahkan, peniaga mula membungkus siap-siap seperti makcik yang menjual nasi lemak. Asalnya dahulu nasi lemak yang dijualnya diletakkan di dalam bekas besar yang menyimpan nasi, dicedok nasi masuk ke dalam kertas pembungkus apabila ada yang mahu membeli. Namun apabila orang yang membeli ramai, dia mula membungkus nasi lemak dengan lebih awal. Walaupun begitu, biasanya masih ada nasi yang belum dibungkus jadi itulah bahagian untuk orang yang mahu menggunakan bekas sendiri.
Anyway, salah satu tips untuk membeli-belah ala #towardszeroaste: rancang pembelian anda. Apabila merancang, kita tahu di mana kita boleh mendapatkan barang tanpa single use plastic, bekas dan beg apa yang nak dibawa serta berapa banyak bekas dan beg yang perlu dibawa. Bukankah jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal? Jadi nak misi zero waste berjaya, perlulah merancang. ;)
Bacaan tambahan: Bahaya kertas pembungkus makanan kepada alam sekitar
Tiada ulasan :
Catat Ulasan