Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -
Memaparkan catatan dengan label Rot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rot. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2019

Ingin hidup zero waste? Buat 7 perkara ini dahulu.

Okay. Semangat #towardszerowaste sudah ada, namun tak tahu nak bermula dari mana? Boleh follow step by step ini:

1) Follow orang yang sudah berpengalaman melalui kehidupan harian dengan amalan zero waste atau sifar sampah, terutamanya locally. Kenapa kena cari local zero waster? Sebab amalan mereka lebih mudah untuk kita adopt and adapt sebab kita berkongsi kemudahan yang hampir sama. Saya follow Aurora di Instagram dan once a while tengok video berkenaan Lauren Singer. Aurora yang mengasaskan group Zero Waste Malaysia di Facebook. Lauren pula pengasas The Simply Co.


2) Sertai kumpulan sokongan seperti Zero Waste Malaysia supaya kita terus bersemangat untuk meneruskan gaya hidup zero waste. Selain itu melalui kumpulan sokongan, mudah untuk kita dapat maklumat berkaitan seperti tempat-tempat baharu yang menjual produk mesra alam atau menyokong aktiviti mesra alam.



3) Memahami 5R: Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot. Apabila kita faham yang ini lebih mudah untuk kita atur strategi untuk menuju ke arah zero waste.



4) Senaraikan perkara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita tidak menghasilkan lebih banyak sampah. Saya cuma menyenaraikannya dalam minda, but then jika ada senarai bertulis, kita lebih jelas dengan haluan kita.

5) Dari senarai yang dibuat, pilih 1 atau 2 perkara yang mudah untuk dimulakan dan diteruskan. Saya memilih untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah dan mengelak penggunaan straw plastik. Biar nampak usaha itu kecil tapi jika dibuat berterusan, impaknya besar sebenarnya!

6) Jika gagal, usaha lagi, usah berputus asa. Kita mungkin sudah hidup bertahun-tahun dengan plastik dan habit membuang sampah tanpa berfikir panjang tentang kesannya, jadi normallah jika ambil masa untuk menukar ke habit lain. Tak usah tertekan jika terlupa atau tidak berjaya mencari alternatif yang lebih baik tapi sematkan dalam minda untuk perbaiki diri dari masa ke masa.

7) Apabila sudah biasa dengan 1 atau 2 perkara dalam senarai yang telah dibuat, boleh tambah perkara lain pula untuk dipraktikkan.

Untuk saya sendiri, saya memulakan dengan menolak beg dan straw plastik. Kenapa?

1) Beg membeli-belah dan straw guna semula masih dalam kategori mampu milik dan penggunaannya bukan terhad kepada sehari dua sahaja membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. In fact, shopping bag saya beli sejak lima tahun lalu masih digunakan sehingga kini. Berbaloi, kan?

2) Beg dan straw guna semula mudah dibawa ke mana-mana. Beg membeli-belah guna semula ada yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg galas. Begitu juga dengan straw, ada yang boleh dilipat tapi untuk saya, straw lipat bukan prioriti kerana saya memang sentiasa membawa beg yang besar, boleh muat macam-macam benda!



Untuk barangan pre-pack menggunakan plastik, saya belum mampu mengelak kebanyakannya but it's okay, one step at a time, insya-Allah.

Jadi, yang sudah bersemangat tu, jom kita sama-sama berusaha mengurangkan sampah kita, a step at a time. Selamat berusaha! 😉

Isnin, 18 Mac 2019

Bahaya kertas pembungkus makanan kepada alam sekitar

Tempoh hari saya scroll newsfeed Facebook, ternampak gambar minuman teh tarik madu yang dihidangkan di dalam gelas plastik pakai buang, di bawahnya dilapik piring plastik yang boleh diguna semula.

Terus saya komen bertanya empunya gambar, adakah minuman itu dihidangkan untuk yang minum di kedai? Lalu dijawab, iya untuk yang minum di kedai tersebut.

Saya pernah ke kedai tersebut. Kedai tersebut berada di Kota Bharu dan kini sudah membuka cawangan di Kuala Lumpur. Sebelum ini mereka tidak menghidangkan minuman tersebut di dalam gelas pakai buang seperti sekarang.

Sedihnya saya!

Kemudian saya dan keluarga makan nasi kerabu di Bangi. Nasi kerabu kami dihidang di atas pembungkus makanan pakai buang yang dilapik pinggan plastik yang boleh diguna semula. Pembungkus makanan tersebut, walaupun secara luarannya adalah kertas, namun kertas tersebut diletak satu lapisan plastik (food grade PE lamination). 



Info: PE, atau polythylene adalah sejenis plastik dan digunakan secara meluas kerana ia tidak memakan kos yang besar. Polythylene digunakan untuk membuat grocery bag dan kotak serta pembungkus makanan. Selain itu Polythylene dijadikan botol plastik untuk mengisi ubat.

So basically pembungkus makanan kertas berlaminate dengan PE ini sangat sukar untuk dikitar semula, diguna semula, apatah lagi dijadikan compost apabila lapisan kertas dan PE tidak diasingkan.

Maka jadilah pembungkus makanan itu sampah yang makin menggunung tinggi dan mengambil masa sangat lama untuk terurai. Dalam tempoh tersebut entah ke mana perginya sampah tersebut- ada kemungkinan masuk ke saliran terus ke laut dan membahayakan kehidupan laut.

Melainkan... jika anda rasa rajin untuk mengasingkan lapisan kertas dari PE selepas selesai mmakan. Rajin tak? Sesungguhnya saya lebih rela mencuci bekas Tupperware yang saya guna!

Untuk mengasingkan kertas dengan lapisan PE sebelum dikitar semula tentu membabitkan kos tambahan membuatkan proses pengurusan sisa pepejal menjadi lebih mahal. Generally orang akan memilih untuk menjimatkan kos, kan? So, in the beginning, pilihlah untuk refuse kertas pembungkus makanan berlaminate PE ini, okay?

Waktu melayan rasa sedih, saya terfikir, adakah pengusaha premis makanan tersebut sedar tentang kerosakan yang mereka lakukan dengan menggunakan bahan yang mengandungi plastik pakai buang/single use?

Mereka orang bisnes. Mereka berfikir untuk menjimatkan sumber dan meningkatkan keuntungan, memang itu kerja orang bisnes. Mereka mungkin tidak faham langsung tentang kerosakan yang berpunca dari penggunaan plastik jadi rasa macam tidak adil pula menyalahkan mereka tanpa mendidik mereka.

Hmm...

Mungkin inilah masanya saya melaksanakan tanggungjawab saya memberi kesedaran kepada mereka, kan?

*Bertukar menjadi Super Huda!*

Alangkah bagusnya jika pengusaha premis makanan dan minuman berusaha menambah keuntungan di samping memelihara alam sekitar- sambil menyelam minum air. Untungnya kelak insya-Allah sampai ke generasi akan datang.

Khamis, 7 Mac 2019

Minum kopi cara zero waste

Terdapat banyak kaedah penyediaan kopi tapi adakah kaedah tersebut mesra alam?


Saya gemar guna French press coffee maker. Isi kopi yang sudah dikisar, tambah air panas, tunggu, tekan, tuang, minum. Tiada paper filter, pod, capsule atau uncang dibuang.

The best thing is, sisa serbuk kopi banyak kegunaannya.

1) Tabur di tanah untuk suburkan tanah.
2) Masukkan ke dalam compost bin.
3) Boleh guna untuk halau serangga.
4) Hilangkan bau.
5) Dijadikan skrub badan.


Saya pernah buat skrub badan menggunakan serbuk kopi. Campur kopi kisar ke dalam minyak zaitun atau minyak kelapa, jika suka boleh masukkan juga serbuk kayu manis dan gula.

So selepas ini jika minum kopi, simpan sisa serbuk kopi untuk dimanfaatkan. 😉