Hari ini beri peluang untuk adik saya yang bakal dapat anak pertama untuk pilih barang-barang lama Raees. Dari dibiarkan tak berguna di dalam store menanti kami dapat anak lagi which we don't know when yet, baik diberi kepada orang yang confirm insya-Allah dapat anak. Mana tahu waktu nak dapat anak lagi, ada rezeki lain buat anak itu pula kelak.
Masa Raees nak lahir dulu, kami cuma ada barang penting macam car seat dan pakaian. Kemudian orang beri hadiah itu ini, baru dan terpakai, dan kami tambah dari masa ke masa mengikut keperluan.
Terima kasih buat mereka yang pernah menghadiahkan apa sahaja buat Raees waktu sebelum dan selepas Raees lahir dahulu, sangat membantu, alhamdulillah.
Kini ada banyak barang lama Raees yang perlu dilepaskan. Barang yang orang lain beri dahulu, moga apabila dilepaskan kepada orang lain untuk dimanfaatkan, pahala terus mengalir buat orang yang memberinya dahulu.
Pendapat saya, barangan bayi terutamanya newborn jika sesuai, cari yang terpakai kerana 1) bayi newborn membesar dengan cepat dalam tiga bulan pertama dan makin membesar, sekejap sahaja pakaian sudah perlu ditukar, 2) waktu bayi sudah tak muat pakaian newborn, biasanya pakaian dia masih dalam keadaan cantik kerana dipakai beberapa bulan sahaja.
Cuma, jika membeli pakaian terpakai (atau second hand, atau terma glamour sekarang 'preloved'), pastikan cuci dahulu pakaian sebelum anak guna.
Jika membeli car seat terpakai pula, pastikan anda tahu history car seat tu seperti bila dibeli, tarih luput, kenapa tuan car seat menjual car seat tersebut dan adakah car seat tersebut pernah melalui kemalangan.
Selain itu, menggunakan barang terpakai termasuk pakaian dapat membantu mengurangkan sampah. Best tu, dapat jimat duit (sebab jika beli yang baharu harga lebih mahal), at the same time menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami.
So why buy new? Reuse now and gain more from it.
😊🌹
Tiada ulasan :
Catat Ulasan