Pages

"All good books are alike in that they are truer than if they really happened and after you are finished reading one you will feel that all that happened to you and afterwards it all belongs to you; the good and the bad, the ecstasy, the remorse and sorrow, the people and the places and how the weather was."
- Ernest Hemingway -

Selasa, 19 Mac 2019

Idea permainan kanak-kanak menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai

Kebelakangan ini cuaca sangat panas di tempat saya. Di rumah ibu bapa saya kami kadang-kadang memasang penghawa dingin apabila tidur pada waktu malam, terutamanya waktu terlalu panas, namun sejak kebelakangan ini saya rasa lebih lama berada di bawah penghawa dingin, lebih kering tekak saya, manakala Raees pula sudah selsema dan batuk-batuk. Jika tidak memasang penghawa dingin pula bilik kami terasa sangat panas kerana kipas siling di bilik sangatlah perlahan.

Apabila masing-masing sudah tidak selesa, semalam kami tidak boleh tidur maka kami lepak di bawah kerana lebih sejuk di situ.

Ketika di bawah, Raees secara automatik meminta saya membuka YouTube Kids di TV. No no noooo... sudah lewat malam dan dia macam makin ketagih menonton video, memang tidaklah saya benarkan dia tengok video!

Maka saya offer Raees main masak-masak, dia tak layan. Lalu offer dia makan, pun dia tak layan. Fikir, fikir, fikir, lalu saya ternampak brown sticky tape dan sekotak penutup botol plastik, terus dapat idea, alhamdulillah!

Saya cari dinding yang kosong tiada perabot. Lalu saya tampal cardboard tube dari kitchen paper di dinding, cuba memasukkan penutup botol dari atas, yay, penutup botol sampai ke bawah, berjaya!



Seronok Raees dapat bermain. Saya beritahu Cikgu Fattah, tak perlu beli permainan baharu pun dah seronok dah main ni, guna barang terpakai sahaja. Jika beli permainan baharu most probably perlu beli permainan dari plastik lagi. Nak beli permainan kayu, agak mahal pula harganya.

Cikgu Fattah beritahu Raees, okay Raees, ini hadiah hari lahir Raees dari Ummi. Haha, cheapskate atau towards zero waste sebenarnya Ummi Raees ni?



By the way, penutup botol dan cardboard tube tu memang saya kumpul. Ibu bapa saya suka beli kitchen paper, saya tidak boleh paksa mereka mengikut cara saya untuk tidak membeli kitchen paper, maka saya simpan cardboard tube dari kitchen paper yang sudah habis supaya dapat diguna semula atau dibuat sesuatu yang baharu dengannya.

Penutup botol pula ada yang plastik, ada yang besi (dari botol kaca). Asalnya Umi saya yang kumpul untuk kerjanya, kemudian saya yang rajin sedikit mengasingkan sampah terus menyimpan penutup botol.

Dengan sedikit imaginasi, banyak permainan dan aktiviti kraf sebenarnya boleh dibuat menggunakan cardboard tube dan penutup botol terpakai. Jika tiada idea, boleh Google atau buat carian di Pinterest, antara tempat kegemaran saya untuk mengumpul idea.

Cari saya di Pinterest: Huda Engku

Tiada ulasan :