Lalu kemungkinan untuk dia upset wujud. Jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada tantrum atau mengamuk.
Tahap umur 2-3 tahun ini orang panggil ‘Terrible Two’ tapi saya belajar dari adik saya, Angah. Dia panggil tahap ini ‘Fantastic Two’.
Saya rasa ‘Fantastic Two’ lebih tepat untuk menggambarkan situasi anak berusia dua tahun ini.
Anak ‘Fantastic Two’ sedang belajar menjadi orang yang stabil emosinya. Mereka buat perangai kerana belum tahu cara yang betul menyatakan dan menyalurkan rasa. Orang dewasalah yang perlu menunjukkan cara yang betul. Untuk menunjukkan cara yang betul kepada mereka, orang dewasa terlebih dahulu perlu mencerminkan caranya.
Si ‘Fantastic Two’ buat perkara 2-in-1. Mereka belajar, pada masa yang sama mereka secara tidak langsung mengajar kita untuk jaga emosi dan tutur kata kita.
Fantastic, bukan?
Jika mereka bertukar menjadi ‘Terrible Two’ mungkin sebenarnya orang dewasa yang tidak menjaga emosi sendiri sehingga bertindak dengan cara yang salah.
Anak kecil umpama span. Apa yang deria dia pick up, itu yang minda dia serap, dan hasil perahan adalah apa yang diserap.
Jika deria anak melihat raut wajah yang masam mencuka, itulah yang anak akan buat. Jika deria mendengar kata makian, itulah yang akan disebutnya. Raees selalu dengar ucapan 'terima kasih' apabila dia buat benda yang menyenangkan atau membantu kami sehingga dia kini sudah pandai sebut 'terima kasih' apabila Walid dia beri apa yang dia mahu (baca: menyenangkan hati dia).
Jadi, jika kita rasa anak-anak sudah jadi 'terrible' mungkin orang dewasa di sekelilingnya khususnya ibu bapa perlu muhasabah diri dahulu.
Jika anak-anak 'fantastic', always bear in mind they would not be fantastic all the time, 1) because they are always learning new things every now and then, 2) it's impossible for them to be exposed to only the good things because no one is perfect, cuma kita perlu jadikan habit untuk address behaviours straight away, 3) anak-anak kita manusia biasa, dan sedang belajar, normallah jika ada waktu mereka tak dapat nak kawal diri, yang penting beri peringatan straight away.
Ok then, saya nak melayan my Fantastic Two sekarang. Later!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan